Lebih Kurang Macam Diari Lah~

Monday, January 31, 2011

Wow, dah lama x update blog, terasa bagaikan semalam aku mempunyai follower yang pertama. Haha joke! Hello guys, lama tak dengar cite, almaklum la aku busy woo. Duduk negeri orang susah nak update blog. Aku baru je habis baca post2 korang yang korang2 tulis since Krismas tahun lepas. Taknak banyak lak tapi aku sanggup baca , hahaha. Ada plak yang private kan blog tapi tak invite aku untuk baca, sedih woo :(
 
Anyway, aku nak cerita pasal pengalaman aku sepanjang berada di UiTM Kelantan kampus Machang. 27 Disember haritu aku daftar kat UiTM tu, nak kata panas tak la, suam2 je, kawasan kampung kan nyaman. Aku macam sukar la nak carik kawan pada hari pertama tu, daftar je terus dapat bilik. Roommates aku semua orang Kelantan, aduh nak menyesuaikan diri tu memang bukan satu pilihan bagi aku la. Dorang ada la jugak ajar aku kecek klate. Macam ah sampai perkataan mencarut pun dorang ajar, dorang friendly la.
 
Time orientasi tu jadual gila padat. Takde time nk rehat langsung, ada aktiviti la , ceramah la , macam macam. Dah la kena pakai pakaian korporat, baju kemeja & sluar slack,24 jam sehari. Time orientasi tu pulak musim hujan, hmmm paham2 la ye.. Yang paling tak tahan ialah time nak mandi pagi. Pukul 4 pagi dikejutkan oleh abang2 fasilitator untuk solat subuh, nak mandi gila sejuk, dah la takde water heater (gila demand aku ni) sumpah da macam kt luar negara da sejuk nye, kuar asap kt mulut sbb kampus aku ni atas bukit. 
 
Time beriadah lagi syok, poco2 tuh jangan men gila, awek2 senior perform atas pentas, hmm aku pun 2 in 1 la, wakaka !! tapi ada juga diselitkan tarian tradisional kelantan, fuhh memang layan wa cakap lu, memang syok ah. Time makan memang short, baru duduk je warden da suh bratur, gila ah.. Kalau macam ni makin kurus la aku, HAHAHA. Tapi secara jujurnya kan, makanan kat Kelantan memang manis gila, teh tarik tiga gelas sehari, and keesokkannya aku leh mati akibat kencing manis mu tawu dok? alamak terkecek kelate. Semua makanan ada sambal belacan, mee goreng pun ada sambal belacan!! 
 
Haha aku teringat first time makan budu kat bilik aku, member kelantan aku bawak satu botol budu, aku baru je beli nasi kukus,, aku punye la bodoh + bangang pergi tuang satu botol budu kt nasi tu,, memang banjir la nasik tu, skali makan berair mata aku,, makan pun tak habis, aku xtau la nk cakap pedas ke apa ke tapi bila da tuang 1 botol memang rasa mcm nk bunuh diri. Pehh tapi kebanyakkan makanan kat sana sedap ya amat, murah pun murah, memang mcm heaven la kalo bab makanan kat Kelantan.
 
Satu hari tu aku tengah joging sambil dengar MP3, aku lalu la kt kolej perempuan, aku ada nampak sorang perempuan ni muka dia sebijik mcm Tizz Zakyah, pehh cun siott, genetik apa la dia tu en? Aku pun tegur la cara baik, suara pun sedap, sopan santun,. Memang memenuhi citarasa aku ah,, cume dia berada dalam course lain so susah la nk ngorat dia. HAHA,.

Tu jela aku nk cerita buat masa sekarang, ada lgi sambungan nye, sepanjang sebulan aku kat UiTM ni, macam2 hal berlaku, baik buruk , nanti aku kongsi ah dengan korang, akan ku selitkan beberapa keping gamba untuk dijadikan santapan mata, eceeceh bersandiwara plak aku. HAHA Peace yaww. Chaww..

0 Shout Outs: