Asal Usul Facebook

Tuesday, November 23, 2010

Facebook. Apa yang anda tahu mengenai facebook? Tipu la kalau anda
cakap anda takde akaun Facebook. Ye kita semua tahu pemilik Facebook
ialah Mark Zuckerberg tapi tahukah anda kisah disebalik Facebook? Tahu
ke dari mana asal usul Facebook? Hah ini yang saya nak cerita.

Mark Zuckerberg ialah seorang penuntut Harvard College. Beliau seorang
programmer komputer yang genius namun menghadapi kesukaran dalam
manjalinkan hubungan yang serius.Dia sering menghadapi masalah dengan
teman wanitanya,Erica Albright.

Pada suatu malam selepas dia berpisah dengan teman wanitanya,dia yang
dalam keadaan mabuk telah mencipta sebuah laman web yang dikenali
sebagai Facemash.com. Laman web ini me-ranking kan semua pelajar
perempuan di Harvard. Laman web ini akan dihantar ke satu email dan
pelajar lelaki akan memilih mengikut kecantikan & keistimewaan.Dalam
masa 2 jam, sebanyak 200,000 entri telah disenaraikan.Pihak Harvard
menyedari perkara ini, lantas menggantung Mark Zuckerberg.

Adik beradik Winklevoss, atlet kayak yang berasal dari keluarga berada
telah menyedari potensi Zuckerberg lantas menjemput dia untuk
menubuhkan sebuah laman web sosial bertajuk : Harvard Connection.
Divya Narenda, kawan Adik beradik Winklevoss turut serta.

Mark Zuckerberg telah menciplak idea asal Winklevoss dan mencipta
lawan web sosial Thefacebook. Winklevoss dan Narendra menyedari
perkara ini namun tiada apa yang dapat dilakukan mereka untuk
menuntut hakcipta kerana tiada perjanjian hitam putih.

Eduardo Saverin, iaitu kawan baik Mark Zuckerberg telah menyediakan
modal untuk Mark memulakan lawan webnya justeru dinobatkan sebagai
Co Founder Facebook. Share saham Saverin dengan Zuckerberg ialah 30:70.

Namun, setelah Facebook berkembang ke kolej kolej terkemuka yang lain,
sesetengah pihak merasa cemburu akan kejayaannya.Saverin yang dahulunya
memegang saham sebanyak 30% telah diturunkan kepada 0.30%. Ini telah
menyebabkan Saverin menyaman Zuckerberg sebanyak 6Million. Pemilik
Napster iaitu Sean Parker turut menyertai Facebook dan telah memegang
saham Facebook sebanyak 6.47%. Winklevoss telah memenangi perbicaraan
dan Mark Zuckerberg terpaksa membayar 60million dollar kepada Winklevoss.

Tahukah anda nilai Facebook Inc ?? 25Billion dollar. Mark Zuckerberg adalah
jutawan termuda didunia. Namun hanya memiliki 50% daripada sahamnya.
Ingin mengetahui kisah Zuckerberg dengan lebih lanjut? Anda bole muatturun
DVD nya di sini ataupun saksikan trailernya di sini